15Malaysia

Wednesday, June 3, 2009

Doa Abah Jalan ke Syurga



Abah,

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Abah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan
Cepat benar masa berlalu
Waktu abah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Abah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Abah,

Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu abah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke ladang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Abah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu

Yang waktu kecil kami dahuluSelalu juga gagal
........Gagal kami temui dalam setiap dakapan
........Gagal kami dengar dalam setiap doamu

Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri seorang bapa
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mudalam tangisan
Abah,

Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa abah jalan ke syurga
* bukan nukilanku.. tapi percaya.. ia penuh makna.

Tuesday, June 2, 2009

Abah sakit..



i have no idea how to discribe my feeling. But, I've been through all this masa abah buat bypass dulu. Cuma kali ini tiada kena mengena dengan jantung.

Abah kena jangkitan kuman di Kaki. Abah demam, sometimes i can see he couldn't breath well.
Actually abah datang ke KL sebab nak buat check up kat IJN on tuesday. before this Abah dah missed 1 session then aku dah set another appointment supaya bekalan ubat abah cukup untuk 3 bulan.
So, abah decide dah alang2 datang KL, dia bawalah cash lebih sikit sebab nak belanja kami semua makan.. A day before, abah lepak2 dengan guard dekat depan rumah kakak aku. Masa masuk gate rumah tu, aku tak perasan pun abah ada kat situ..
Then abah call me "yuuu".. Dengan nada yang meruntun jiwa.. He called me "yuuu" instead of Ayu.. Then i go straight to meet my nephews and we wait for abah, and after we went up together.
A day after, abah terus demam. Kaki bengkak. Nak mandi pun kena baring. After 2 days abah able to bangun but not like usual, he still in pain. So on saturday my brother brought abah tu PPUM, and abah kena admitted. Sampai hari ni, dah 4 abah di hospital.
Hope abah will get well soon..
I can't imagine my life without dear abah,
without my dear family..