15Malaysia

Thursday, April 23, 2009

Dari Taiping Ke Manchester

Dari Taiping Ke Manchester (orang tak pandai pun boley survive kat oversea) :p
Naik Red Omnibus dari Tepen ke Mancheste? Apekah..

Alhamdulillah, i've done my public speaking yesterday. Begini lah bunyinya pengucapan saya. Jadi semua orang marketing dept. mula pasang angan2 nak ke UK semalam. Walaupun masa SPM, BI dapat paras hidung jer.. Yer lah, nak tunggu straight A's tak kemana la kita yer.. huhu

Tajuk pengucapan saya pada hari ini adalah Dari Taiping Ke Manchester. Saya memilih tajuk ini kerana ingin berkongsi pengalaman dan secara tidak sengaja mahukan suasana yang lebih santai.

Untuk pengetahuan semua, saya dilahirkan di Taiping, Perak. Sedari kecil lagi saya menyimpan cita2 untuk ke UK. Mungkin saya dapat inspirasi dari kakak yang belajar disana. Malangnya keputusan SPM saya sederhana sahaja, jadi saya lupakan hasrat murni tu, jadi saya mula belajar di Kolej Yayasan Melaka dan mengambil Jurusan Teknologi Media.

Selepas 6 bulan di KYM, kakak saya berhijrah ke UK dan meminta tolong saya menjaga anaknya di UK sementara dia mencari pembantu rumah. Apabila tiba di UK, kakak saya menghadapi masalah untuk mencari pekerjaan tetap.. jadi dia hanya bekerja sambilan.
Peluang yang ada saya gunakan sepenuhnya, bila kakak ada dirumah saya keluar belajar dan bekerja. Saya memulakan pengajian di Mid Cheshire college di dalam jurusan English As a Foreign Language. Pelajar di dalam kelas saya adalah dari negara slovakia, turkey, sri lanka, vietnam, korea, Jepun dan banyak lagi..

Saya tidak berasa begitu janggal berada di dalam kelas kerana kebanyakkan dari pelajar kelas tersebut tidak pandai berbahasa inggeris. Kadangkala kami terpaksa melukis sesuatu objek jika kami tidak tahu apa maksud objek tersebut didalam bahasa inggeris. Namun setelah 6 bulan belajar dan tiba pada hari peperiksaan, nama saya tidak tersenarai untuk menduduki peperiksaan pada tahun tersebut. Sedih, pilu hanya tuhan yang tahu. Namun sebagai perantau ke negara orang, itulah dugaan yang mematangkan saya.

Saya menebus kekecewaan dengan mendaftar masuk ke sebuah kolej lain di manchester college of arts and technology di manchester. Jadi saya terpaksa menaiki train selama 45 minit ke manchester picadilly station dan menaiki bas selama 20 minit.
Kali ini cabaran makin besar bila semua pelajar terdiri daripada orang tempatan. Saya mengambil jurusan computer arts design dimana saya perlu belajar Adobe photoshop,illustrator, flash, micromedia dreamweaver dan 3D .

Semua ini adalah benda baru bagi saya, pada mulanya saya menghadapi masalah untuk memahaminya, namun lama kelamaan minat itu timbul dan saya dapat menghasilkan setiap projek yang diberi. Syukur selepas setahun bertukus lumus, saya mendapat Certificate in Computer Art n Design dan telah berpeluang menyambung pengajian di bidang HND, namun saya terpaksa menolak tawaran tersebut atas sebab tertentu.

Dalam bidang pekerjaan pula, saya telah bekerja sebagai cleaner di pejabat2, kilang, site office, hospital haiwan, tesco dan yang paling lama saya bekerja di Premier Lodge Hotel di Knotsford. Saya bekerja sebagai housekeeper dan memperoleh pendapatan sebanya 200 pound seminggu.Pada ketika itu, exchange rate agak tinggi. Jadi dalam masa 4 bulan dapatlah saya kumpul 10000.

Selain daripada itu saya dapat melancong ke negara sekitar seperti wales dan paris. Ada kenangan yang tidak dapat saya lupakan bila melancong ke paris. saya ke sana bersama seorang kawan. Ini adalah pertama kali saya ke luar negara tanpa keluarga. Banyak tempat yang saya lawat seperti eiffle tower, disneyland dan notredamn. Untuk pengetahuan semua, sistem aliran pengangkutan di paris sangat banyak dan canggih. Kalau mahu ke sesuatu tempat kita perlu menukar sehingga 3-4 train. Jadi jika mahu ke satu2 tempat, kenalah study awal.

Ada perkara yang saya pelajari bahawa, bila diparis amat sukar untuk berkomunikasi. Tak ramai dari mereka yang pandai berbahasa inggeris. Ada satu hari, saya mahu beli hot plain water, pun mereka tak tahu. Ada yang member kopi, teh dan malah ada juga yang menunjuk toilet. Namun tak dinafikan orang france sangat peramah walaupun kita sendiri tak faham apa yang mereka kata kan..

Selain itu, semasa di UK, saya juga terpilih untuk menjadi volunteer di dalam sukan komanwel di manchester. Hanya ada 4 orang malaysia yang menjadi wakil untuk sukan tersebut. Saya ditugaskan di pintu masuk stadium untuk memeriksa beg untuk penonton yang datang. Adakala saya kena jaga pintu VIP dan juga atlet. Bangga bila ada wartawan dan atlet dari malaysia yang menegur kami. Apa yang boleh saya katakan bahawa pengalaman menjadi sebahagian tenaga sokongan untuk sukan tersebut adalah sangat berharga.

Akhir kata, walaupun saya agak mula kerja agak lambat dek kerana saya tinggal di uk selama 2 tahun, dan apabila kembali ke malaysia, saya perlu menyambung pengajian diploma.. namun saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya lalui, sebab saya percaya semua ini pengalaman yang mendewasakan..

Jika ada peluang untuk melancong ke luar negara, pergilah.. Bukan untuk bershopping tapi untuk mengenali budaya orang lainKalau di UK @ negara eropah yang lain kita dapat lihat betapa tingginya nilai orang sana. Bila naik kenderaan awam, sentiasa beratur, selalu baca buku dan perkataan please, thank you selalu lah bermain dibibir.Jarang dengar excident sebab pemandu berhemah.

moral:

- Sentiasa pasang angan2, niat yang baik, insyaAllah Tuhan tolong
- Sekali gagal bukan selamanya gagal
- Kalau kita nak melawat ke negara yang tidak mengunakan bahasa inggeris, buatlah persediaan awal, ataupun bawa kamus.