15Malaysia

Friday, November 28, 2008

Alpha Lipid

"Kolostrum adalah selamat, ia disediakan oleh alam semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Sukar untuk membayangkan makanan tambahan lain yang lebih semulajadi dan berfaedah."
International Institute of Nutritional Research, USA
Alpha Lipid adalah kolustrum terbaik didunia yang kaya dengan antibodi semulajadi yang dapat meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit.
Ia selamat digunakan semua peringkat umur. Alpha Lipid Lifeline adalah pemakanan semulajadi yang amat berkhasiat dan lengkap untuk keperluan seharian diet manusia.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada penguna Alpha Lipid LifeLine™ yang kami hargai, kami di www.alphalipid.com.my berusaha sedaya upaya bagi pihak anda dalam menyediakan informasi dan maklumat yang berguna mengenai produk kolostrum Alpha Lipid LifeLine™ bagi tujuan penilaian agar anda perolehi manafaat bagi setiap sen yang anda belanjakan.

Tiada perkara yang lebih bernilai dari kesihatan untuk mereka yang kita kasihi.
Bagi para usahawan yang dihormati, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kami di www.alphalipid.com.my dalam usaha menyediakan khidmat yang terbaik dalam memenuhi keperluan pelanggan Alpha Lipid LifeLine™ diseluruh negara disamping membantu mengembangkan perniagaan anda dengan cara yang lebih berkesan, kreatif dan efektif!

Hubungi kami segera, harapan kami semoga anda perolehi manafaat dari apa yang kami sediakan untuk anda, Terima kasih

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK ALPHA LIPID?

Pembelian secara online:
Para pengunjung yang dihormati bagi pembelian secara online, sila buat tempahan anda kepada kami sama ada melalui email, telifon, SMS atau fax dan wakil kami akan menguruskan penghantaran untuk anda.

Pembelian melalui pejabat:
Sila hubungi kami untuk membuat temujanji dan anda dialu-alukan untuk hadir ke pejabat kami (waktu berurusan, Isnin - Ahad, 24 jam)

Pembelian melalui rakan niaga kami diseluruh negara:
Bagi pelangan yang berada diluar Kuala Lumpur, sila hubungi rakan niaga kami mengikut negeri atau kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda, terima kasih.

Hubungi:
Segala pertanyaan mengenai produk ALPHA LIPID dan pelan perniagaan, sila hubungi kami seperti maklumat yang tertera dibawah, Terima kasih
No:12-5-1 Jalan 3/50, Diamond Square,
Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

HP: Ayu 0162226054

Sila tinggalkan comment/msg untuk pesanan.. TQ

Email: purple.berrys@yahoo.co.uk

Wednesday, November 26, 2008

I'm Hired

yuhuuuuuuuu,
Alhamdullilah, after tekanan demi tekanan (lihatlah betapa tertekannya) yang diterima di streamyx, saya akhirnya telah mendapat kerja sebagai Penerbit Rancangan Di RTM. Tak la senang pun nak dapat kerja gment. Tak de cable pun. I went throught all the interview session from ujian bertulis, amali and temuduga.

Tapi bila nama dah ada dalam shortlist daripada ribuan yang apply, the only word i would say is Alhamdulillah.. Atleast one part of my life is completed.
I started my new job on 10th Nov and attended for the induction for 3 days. And the managment officially send me for posting on 13th Nov 2008.

I've been sent to 'Unit Kawal Selia Iklan TV'
There's 3 of us has been sent to Marketing Dept, our bosses let us to decide which sub dept that we are interested to work with. But we have no idea which dept to choose because we dont know the scope of the job task yet. Finally, our boss let us to go to every dept., so then we will see the true colour for what we will doing sooooonnn..


Today, i finally decide to go for Dubbing for Iklan TV. Basicly for this job, i just need to prepare the advertising schedule for TV1 and 2. Its more like technical task. Another choice for job is pemantauan TV and radio. For TV, need to ulang alik from PJ to angkasapuri. And for radio, to job is little bit light but need to travel alot because ada 32 channel all over country. And the reason for me to choose Dubbing TV becauseeee


1. Dekat angkasapuri, which only 5 mins from home sweet home.

2. Parking banyakk and tak jammed

3. Jauh dari bosses

4. Kat situ kadang2 banyak kerja dan kadang2 rileks, sesuai nak buat part time study.

5. Ada ATM machine kat dalam wisma TV tempat saya bermaustatin..
Yang tak best, tempatnya adalah old skool dan sangat sempit. But for me, size is really doesn't matter. haha..

Thursday, April 3, 2008

My very last day in TM

Im leaving TM for other company.. Sedih sangat becoz TM ni sangat best.. I'm gonna miss u guys, i love u.. kecut perut jap lagi kena pegi briefing kat new company.. doakan yang baik2..
Lepas ni tak bleh online macam before. I love u bloggers..

* Aqilah lala, nanti senang2, i sms @ email ya.. take care

* I love u readers.. wasallam

Wednesday, March 26, 2008

Letak Jawatan

Bismillahirahmanirahim...

Dan saya sudah pun meletakkan surat perletakkan jawatan di atas meja boss & big boss.

Semoga Allah besama2 saya diatas segala keputusan yang saya buat.

Semoga saya akan gembira di tempat kerja baru nanti.. amin..

Berdebar sangat, sedih pun ada, takut pun ada..

Semoga rezeki saya diberkati-Nya.. amin..

Tuesday, March 25, 2008

Have U ever - S Club 7

Sometimes it's wrong to walk away, though you think it's over
Knowing there's so much more to say
Suddenly the moment's gone
And all your dreams are upside down
And you just wanna change the way the world goes round

Tell me, have you ever loved and lost somebody
Wished there was a chance to say I'm sorry
Can't you see, that's the way I feel about you and me,
BabyHave you ever felt your heart was breaking
Lookin down the road you should be taking
I should know, cos I loved and lost the day I let you go

Can't help but think that this is wrong, we should be together
Back in your arms where I belong
Now I've finally realised it was forever that I've found
I'd give it all to change the way the world goes round
Tell me, have you ever loved and lost somebody
Wished there was a chance to say I'm sorry
Can't you see, that's the way I feel about you and me, Baby

Have you ever felt your heart was breaking
Lookin down the road you should be takingI should know,
cos I loved and lost the day I let you go
I really wanna hear you say that you know just how it feels

To have it all and let it slip away, can't you see
Even though the moment's gone, I'm still holding on somehow
Wishing I could change the way the world goes round
Tell me, have you ever loved and lost somebody
Wished there was a chance to say I'm sorry (I'm sorry)

Can't you see, (ohhh) that's the way I feel about you and me, Baby
Have you ever felt your heart was breaking
Lookin down the road you should be takingI should know,
(I should know) cos I loved and lost the day I let
Yes I loved and lost the day I let
Yes I loved and lost the day I let you go

Tuesday, March 18, 2008

Im going to Kulim - Tonite!

Assalamualaikum

Oh, i have to travel again. This time, im going to Kulim to attend my cousie wedding. I'll be back to KL on tomorrow evening because i have to work on Friday. Later on friday evening, i'll going back to my hometown in Perak. Huhs, asyik jalan2 je aku ni..

.Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul.

Jangan lupa berselawat untuk nabi junjungan kita yer.. Wassalam..

Sunday, March 16, 2008

Tagged

I've been tagged by Cik Daun.. :p

So nak tau whats in my wallet. Hurm i haven't got my camera at this moment. Well my Hp camera sangat low resolution. So i better discribe jer lah..

I'm using Mark & Spenser red + small wallet. It small, duit pun tak bleh letak tegak2. Kena lipat 2, i love it. Senang nak pegang. Wallet ni berbau perfume escada. :p
Actually my perfume tumpah dekat dalam handbag, so wallet, all stuffs in my Handbag termasuk gula2 fisherman friend yang berharga 4.95 di LCCT pun berbau perfume.
Dah la first time beli fisherman friend tu( buat perak sikit) Rugi2..

OK dalam my wallet ada..
1. Money ( kadang2 sikit, jarang2 banyak, adakala takdak langsung :p)

2. Coins (I love it, satu sen pun banyak.. tapi nak dimansuhkan pulak, mana nak perabih ni)

3. Receipt ( selalunya tak kekal lama disini, kalau balik rumah tu mestii dah buat semua receipt. Maklumlah wallet tomeii.. )

4. IC ( ada drama disebalik IC ni. Bila Cik Daun tagged, saya keluarkan semua card2 dalam wallet. Tetiba IC takder, hmm rasanya last week takda buat benda yang kena guna IC. So cari punya cari rupanya ada dalam sampul surat bercampur dengan flight tix & boarding pass skali. Lupa nak simpan masuk wallet. :p
Maknanya dah seminggu la pegi kerja tak bawak IC. huhu
5. Kat mesra Petronas (mana la tau, bley menang car craze :p)
6. CIMB Bank Card

7. HSBC Debit Card

8. HSBC Basic Bank Account Card

9. Lesen Memandu Percubaan Malaysia
( Mind your gap, jangan coba ikut saya rapat2)
10. Happy Tuesday 25% off Card by KFC
11. Hinode Shop Friendly Card

12. BonusLink

13. Kids Club Mc Donalds ( Adult pun boley guna)

14. Student Card
15. National Union of Student Card
16. Harisons Store Card

17. International Student ID card

18. Passport PIC / Adeena's PIC
Im tagging:
Anyone :p

Thursday, March 13, 2008

Meet My Lil Neph - Mr.Harith







Wednesday, March 12, 2008

Warkah Dua Jiwa

Assalamualaikum

Menemui sahabatku yang dikasihi Nuqman,

Sekarang saya mula menyedari betapa besarnya kesilapan saya untuk saudara maafkan walaupun berjuta lembaran kemaafan saya hulurkan,
namun tidak mampu menepis api kemarahan, ego dan kekecewaan saudara.
Hakikatnya, saya tidak mahu menyalahkan saudara kerana aulanya sayalah yang terlebih dahulu patut dipersalahkan.

Saya tak pandai menjelaskan sejauh manakah hubungan kita dan saya tak pandai menilai erti sebenar di sebalik sebuah persahabatan. Saya malu kerana sayalah yang memberi dahan harapan untuk saudara pauti tapi saya jugalah yang mematahkannya, pastinya perkenalan kita selama ini hanya atas nama sebuah persahabatan. Di sinilah titik tolak bicara yang menyebabkan saya kelemasan tatkala saudara menganggap saya kekasih saudara.

Tuntasnya, hubungan kita kian renggang dan sudah muncul bibit-bibit keretakan, kehancuran, kemusnahan.

Kita yang kian terasing,
Akibat tersalah faham dalam perhubungan,
Kau kejar cinta bayangan, lenyap ditelan cahaya terang,
Kau kejar cinta pelangi, hilang selepas hujan,
Andainya kemaafan tidak kau hulurkan,
Walau saban waktu ku menagihnya,
Aku yakin jarak antara kita pasti melebar dan meluas,
Kau di Timur, aku di Barat,
Aku pepasir di bumi, kau bintang bersinar di angkasa,
Memang mudah melupakan
Tapi terfikirkah ?
Payahnya menyulam sebuah ukhuwwah dan mahabbah.

Sahabatmu, Nurul 'Atiqah.

***********************************

Assalamualaikum Sahabatku,

saudari yang saya kasihi, Sebenarnya sudah lama hati ini dengan sejujurnya memaafkan saudari, tiada walau sekelumit pun bara dendam membakar dalam jiwa saya, percayalah Sahabatku, teman jiwaku, Usah saudari bohongi diri dengan bermain kata-kata, kelak akan membinasakan diri, lain yang saudari ungkapkan di bibir manis saudari tapi lain pula yang terpendam di hati.

Huluran ikhlas jemari persahabatan yang saudari hulurkan sebenarnya adalah cinta suci saudari yang tidak terucap, dek rintangan yang bertali arus dan saudari terlalu akur dengan keadaan. Janganlah dianggap diri saudari ibarat ranting tempat saya hinggap sekejap cuma, saudari bukanlah ranting tempat hinggapan beburung seketika tapi bagi saya saudari umpama bayang-bayang yang senantiasa bersama saya.

Tak perlu bebani hati saudari akibat rajuk yang tiada akhirnya. Memang tidak pernah alam raya ini bergema dengan lafaz yang saudari cintakan saya, tapi hakikatnya saudari takut untuk meluahkannya, kerana bimbang kisah cinta kita berkesudahan dengan episod duka dan pilu, betulkan ? Sudah banyak cakap-cakap orang yang saya dengar, entah benar entah tidak, banyak lamaran yang saudari terima, tapi semuanya saudari tangguhkan jawapannya, tak angguk, tak geleng, maka yakinlah saya, saudari masih menunggu saya.

Kebal sungguh istana cinta kita. Nah, jika saudari tidak cinta, masakan saudari sanngup menanti warkah ini hingga cengkung kelopak mata ?? Walau sudah banyak utusan surat-surat kemaafan dari saudari, mengapa masih pagari diri saudari dengan derita ?? Mengapa ? Cuba belajar untuk berterus-terang, luahkan apa yang terpendam di sanubari, tunggu warkah terakhir dari saya, pasti saudari akan menerimanya, Insya-Allah. Akhirnya, ketahuilah bahawa saya sudah miliki suri hidup yang saya idamkan, impian saya sudah termakbul.

Nasihat saya, terimalah lamaran dan pinangan daripada sesiapapun, jangan gelapkan masa depan saudari.

Sahabat yang pernah mencintaimu, Nuqman.

***********************************
Assalamualaikum Atiqah,

Kurayu dirimu melupakanku lantaran cinta yang tidak direstui orang tuamu. Amat payah melupakan detik-detik silam.

Kaulah cinta pertamaku dan aku sentiasa yakin bahawa cinta kita bukanlah cinta hingusan walau ketika itu usia kita baru setahun jagung. Semuanya ada hikmah yang menanti di penghujunnya, pada ummu dan walidmu, syukran jazilan kerana bagiku merekalah pembuka jalan untukku menempuhi liku-liku kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran.

Kau tahu Ika, aku anak nelayan, tapi tak pernah merempat, jauh sekali menagih simpati orang atau melukut di tepi gantang. Aku tahu keluargamu tidak kejarkan harta, sebab itulah, tatkala aku bertandang ke rumahmu, walidmu tidak bertanya, berapa buah bot yang ada, berapa banyak pukat yang ada ?? Tapi, apa yang terpacul dari bibir walidmu yang menguntumkan senyum sindiran bila aku mengatakan yang aku hanyalah lepasan sekolah menengah biasa, tidak belajar ilmu agama, dan bahasa Arab, tentu kau masih ingatkan ?

Kerana bagi mereka ilmu adalah sesuatu yang tiada tolok bandingannya. Kalau dulu, dendam itu membara dalam lubuk hatiku, tapi kini sudah ku padamkan dengan simbahan air kasih sayang. Sebab aku sedar mana mungkin aku dapat memetik bunga indah, mekar yang menguntum dan mengembang di taman larangan, sedangkan aku hanyalah ibarat tin kosong yang disepak terajang orang di jalanan.

Kini ku kenal mana satu kaca mana satu permata, ummu dan walidmulah jauhari yang mengenal manikam!! Aku teruskan langkah kakiku bagi mengejar cita-citaku dengan hanya berbekalkan sijil SPM. Kau tahukan aku tidaklah sebijak kau. Aku diterima masuk di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Mustahil bagiku yang asalnya dari jurusan sastera boleh bertukar ke jurusan agama. Kalimah Arab yang aku tahu hanya ana, anti dan anta sahaja. Lainlah kau, yang sememangnya berasal dari sekolah agama.

Aaahh. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke bahu, alang-alang ingin bersamamu ku kuatkan azam dan semangat, aku mesti duduki kursus Ilmu Wahyu yang saban hari ku impikan. Masa cutiku, dipenuhi dengan mentelaah kitab-kitab dan belajar di pondok-pondok berhampiran, bila hujung minggu minggu aku akan kunjungi alim ulama untuk menadah kitab.

Akhirnya, aku berjaya melanjutkan ijazahku ke Mesir dalam jurusan Ilmu Wahyu. Ya, Mesir negeri yang menjadi impianmu selama ini tapi kau terpaksa akur dengan kehendak walidmu untuk belajar di dalam negeri lantaran walidmu tidak mahu disengat rindu terhadapmu, anak emas keluarga.

Nampaknya aku yang tiba terlebih dahulu daripadamu di bumi anbiya ini. Di bumi inilah, kesakitan meruntun jiwaku lantaran digigit rindu yang bukan kepalang, kukutip cinta yang keguguran, ku jadikan impian orang tuamu ingin bermenantukan ustaz sebuah realiti. Di sinilah jua aku terima sebuah warkah kemaafan darimu. Aku masih ingat coretan suratmu, Andainya jodoh kita sudah termaktub di Luh Mahfudz, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Atiqah, ratu hatiku,

Maafkan diri ini andai menyiksamu dengan melewat-lewatkan balasan maafku untukmu. Bukan sengaja aku berbuat demikian, penyebab utamanya di bumi barakah ini, aku kosongkan jiwa dan mindaku untuk hal-hal duniawi kerana aku cukup yakin ada bahagiannya untukku kelak, aku mula menghafaz Al-Quran, Alhamdulillah aku sudah selesai menghafaz kesemuanya.

Hijrahku di sini lillahitaala dan habuannya kau menjadi teman hidupku. Atiqah, bakal zaujahku, Untuk pengetahuanmu, wang gajiku semasa aku memanfaatkan cutiku mengajar muallaf-muallaf di London sebanyak RM 11000 akan ku hadiahi kepadamu sebagai hantaran, upah kesetiaanmu kepadaku.

Ketika kau terima surat ini ibuku melamarmu untukku, aku sudah penuhi impian ummu dan walidmu. Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata walidmu, Man, hasrat kami bermenantukan orang yang faqih dalam bidang agama. Boleh menjadi imam di masjid, mengajar orang-orang kampung di madrasah ilmu-ilmu agama dan menjadi tauladan buat anak-anak muda. Man, anak masih muda, belajarlah dulu, jangan ganggu Ika dan jangan hubunginya, dengar nasihat ini yang merupakan amaran. Ingatkah kau Ika ??

Itulah kata-kata yang menjadi perangsangku untuk tidak terus jahil. Akhir kata, sambutlah lamaranku dengan seikhlasnya. Ku di kejauhan, Nuqman. Maafkan kami, Puan Zainab, Ika permata hati kami telah dijemput menemui Allah. Kami tak dapat menunaikan hasrat Nuqman. Maafkan kami. Kata-kata itu membentak jiwaku, air mata jatuh berlinangan membasahi kedua-dua pipiku.

Mungkinkah kerana aku terlalu mementingkan diri sendiri, tapi itu semua keranamu Ika. Tuhan lebih menyayangimu, hadirmu membawa sejuta makna dalam hidupku, menerangi seluruh pelusuk kamar hatiku, hadirmu kekasih memberi ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian. Ika aku mencintaimu.

Man kau bacalah surat ini, inilah warkah terakhir yang Ika tulis untuk kau sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Kami temuinya dalam diari Ika. Maaf atas segala kesilapan pakcik dan makcik.

***********************************

Assalamualaikum, Buat tatapan Ustaz Nuqman bin Hakim. Maafkan ana atas segalanya, benarlah segala kenyataan saudara, andai kehidupan yang memisahkan, biarlah kematian yang menemukan kembali. Ilal-liqa fil jannah

Ohhh Ika kekasihku inikah sebabnya kau mengutus surat kemaafan untukku ???

* Seriously i love this story to bits. Actually, i've printed out this story when i was in UK, around 2002 camtu kot. Tapi bila dah balik msia, cuma tinggal 1st page jer. Punyalah frust.. huhu.
The best thing is baru tadi jumpa this story semula.. Im the happiest woman. :p